Find us : google maps,waze @ satay seri utara
Sahidi Enterprise adalah sebuah syarikat perkongsian yang didaftarkan pada tahun 2016. Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1999, kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat yang boleh dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan satay secara berperingkat. Sehingga kini Satay Seri Utara mempunyai 2 buah rantaian cawangan yang beroperasi sekitar Shah Alam.Satay Seri Utara, yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor, adalah salah satu produk satay yang telah beroperasi sejak 16 tahun
Semuanya bermula dengan sebuah impian tukang masak yang mencipta resipi sendiri yang mengandungi senarai herba rahsia dan 18 rempah ratus yang tulen. Resepi ini dicipta oleh pasangan suami isteri Puan Rohana dan Encik Sahidi dan kini diwarisi oleh anaknya En Haziq.
Kini Satay Seri Utara digemari pelanggan sekitar kerana tangungjawab utama kami adalah untuk memberi kualiti dan kepuasan kepada pelanggan kami.Kini Satay Seri Utara semakin mengorak langkah ke hadapan dengan beberapa pelan perancangan pembukaan beberapa kawasan baru supaya dapat memberi peluang kepada orang lain mencuba keenakan satay dan kuah satay yang berbeza dari yang lain.
MISI
Menjadi salah satu makanan pilihan rakyat Malaysia.
VISI
Kepuasan,kualiti perkhidmatan,kebersihan dan citarasa pelanggan adalah keutamaan kami.
"SATAY SERI UTARA" - "FEEL THE TASTE"
Satay Seri Utara
"Feel the Taste"
● Phone: ++ 016-397 3296 @ 012-657 7602
● Official Website URL:


No comments:
Post a Comment